PAP kekalkan 11 anggota CEC, Chee Hong Tat ganti Heng Swee Keat

Iklan
Pemilihan dalaman parti itu menyaksikan bekas Timbalan Perdana Menteri, Heng Swee Keat tidak lagi berada dalam kalangan 12 anggota yang dipilih. Foto Agensi

SINGAPURA – Parti pemerintah Singapura, Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada Ahad mengekalkan 11 daripada 12 anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dipilih bagi penggal 2026 hingga 2028.

Pemilihan dalaman parti itu menyaksikan bekas Timbalan Perdana Menteri, Heng Swee Keat tidak lagi berada dalam kalangan 12 anggota yang dipilih manakala Menteri Pembangunan Negara, Chee Hong Tat menyertai barisan tersebut selepas memperoleh undi yang melayakkannya menduduki kerusi berkenaan.

Iklan
Iklan

11 anggota lain ialah Lawrence Wong, Lee Hsien Loong, Chan Chun Sing, Masagos Zulkifli, K Shanmugam, Grace Fu, Edwin Tong, Indranee Rajah, Ong Ye Kung, Vivian Balakrishnan dan Desmond Lee.

Selain itu, Tan See Leng dan Zaqy Mohamad dijangka menyertai CEC menerusi proses pelantikan tambahan (co-option) selepas memperoleh undi yang meletakkan mereka dalam kelompok calon dengan undi tertinggi.

Iklan

CEC merupakan badan pembuat keputusan tertinggi PAP yang bertanggungjawab menentukan hala tuju dan strategi parti.

Lebih 2,000 kader yang membentuk kelompok teras parti itu mengundi pada persidangan dwitahunan PAP yang berlangsung di Singapore Expo. Bagaimanapun, komposisi CEC itu masih belum dimuktamadkan.

Iklan

CEC biasanya akan menentukan pelantikan jawatan seperti pengerusi dan bendahari dalam kalangan anggotanya selain melantik empat anggota tambahan bagi melengkapkan jumlah maksimum 18 anggota menerusi mesyuarat pertama. - Agensi