Angka korban gelongsoran lumpur di Nepal cecah 1,344 - Polis

Iklan
Anggota tentera membawa seorang pekerja yang terperangkap di dalam terowong ketika operasi menyelamat dijalankan di Projek Hidroelektrik Trishuli-3A di daerah Rasuwa, Nepal. Foto AFP

KATHMANDU - Angka korban akibat kejadian gelongsoran lumpur di Nepal melepasi 1,300 orang, menurut Polis Nepal pada Sabtu, lapor Xinhua.

Menurut maklumat terkini yang dikeluarkan polis, sebanyak 1,344 mayat ditemukan setakat 5 pagi waktu tempatan Sabtu.

Iklan
Iklan

Polis memaklumkan 4,898 orang masih tidak dapat dihubungi setakat pagi Sabtu, manakala 8,631 orang berjaya diselamatkan setakat ini ketika agensi keselamatan meneruskan operasi mencari dan menyelamat di kawasan terjejas akibat gelongsoran lumpur.

Pihak berkuasa turut mempergiat usaha mengenal pasti identiti mayat menerusi ujian DNA.

Iklan

Sampel DNA telah diambil daripada 1,260 mangsa yang terkorban dan 972 ahli keluarga mangsa, menjadikan jumlah keseluruhan sampel yang dikumpulkan sebanyak 2,232. - Bernama-Xinhua

 

Iklan