Pas Johor mahu enam kawasan dikenal pasti, diuji hadapi PRU16

Iklan
Mohd Firdaus semasa menyampaikan usul dan perbahasan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, pada Jumaat.

KOTA BHARU - Pas Johor mahu enam kawasan dikenal pasti lebih awal untuk diuji sebagai kawasan sasaran parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Perwakilan dari Johor, Mohd Firdaus Jaffar berkata, Pas Pusat perlu memberikan arah yang jelas kepada negeri berkenaan kawasan berpotensi, selain calon yang perlu dipersiapkan dan organisasi diperkukuhkan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, langkah itu penting supaya persiapan Pas menghadapi PRU16 tidak dibuat secara umum, sebaliknya mempunyai sasaran serta ukuran prestasi yang boleh dinilai dari semasa ke semasa.

"Bagi Johor, kami tidak melihat perkara ini sebagai soal meminta sejumlah kerusi. Apa yang lebih penting ialah supaya Pusat memberikan arahan lebih awal.

Iklan

"Jika enam kawasan mahu dikenal pasti untuk dibangunkan, maka bina dan uji enam kawasan itu terlebih dahulu. Biarlah prestasi di lapangan menentukan tahap kesiapsiagaannya," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan usul dan perbahasan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.

Iklan

Mohd Firdaus memberitahu, persiapan PRU16 juga tidak seharusnya hanya berakhir dengan usaha memenangi kerusi, sebaliknya Pas perlu memastikan parti mempunyai keupayaan untuk mentadbir sekiranya diberikan amanah oleh rakyat.

Ujarnya, empat perkara perlu bergerak seiring iaitu dasar, manusia, keupayaan dan institusi bagi memastikan parti bukan sahaja bersedia untuk menang, malah mampu memikul tanggungjawab pemerintahan.

"Kita perlu tahu bukan sahaja apa yang mahu dilakukan, tetapi juga siapa yang mampu melaksanakannya.

"Kita memerlukan pemimpin, profesional, teknokrat, pakar dan pelaksana yang memahami bidang masing-masing," katanya.

Menurut beliau, pendekatan itu amat penting bagi Pas Johor yang perlu memahami realiti negeri berkenaan sebagai negeri perindustrian, pelabuhan dan logistik, selain mempunyai hubungan rapat dengan Singapura serta komposisi masyarakat yang pelbagai.

Tambahnya, Pas Johor tidak boleh sekadar membina kekuatan pilihan raya, sebaliknya perlu mempunyai kemampuan memahami isu setempat dan menawarkan penyelesaian yang dekat dengan keperluan masyarakat.