MERSING - Keindahan persekitaran Pulau Tinggi yang dikelilingi laut jernih menjadi antara tarikan pelancong ke Mersing, sekali gus membantu menjana ekonomi penduduk pulau menerusi sektor pelancongan.
Selain Pulau Tinggi, kepulauan seperti Pulau Aur dan Pulau Pemanggil turut menjadi destinasi pilihan, mencerminkan potensi Mersing sebagai bandar bahagia yang menawarkan keseimbangan antara alam semula jadi, kehidupan masyarakat dan pertumbuhan ekonomi setempat.