SEPANG - Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) melakukan latihan sebagai kesiapsiagaan menghadapi banjir sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini.
Anggota akan dilatih dengan teknik pengendalian bot, menangani kecemasan termasuk kerosakan enjin dan penggunaan peralatan menyelamat.
Selain penyelamatan di permukaan air, SMART akan meneruskan latihan menyelam skuba bagi memastikan keupayaan penyelamatan bawah air dan semua aset berkaitan sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan optimum. - Bernama