KLANG - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan merakam gambar pada Majlis Jamuan Teh Diraja Bersama Kerabat Diraja Selangor sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor Tahun 2026 di Padang Mahkota, Istana Alam Shah pada Selasa.
Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Teh Diraja Bersama Kerabat Diraja Selangor.
Turut berangkat, isteri Raja Muda Selangor, Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz. - Bernama