Perahu timba lambang warisan Kampung Shukor

Iklan

DUNGUN - Pada usia 69 tahun, Tengku Ibrahim Tengku Jaafar masih tekun meneruskan seni pertukangan perahu secara tradisional yang diwarisi lebih lima dekad lepas di Kampung Shukor, Hulu Dungun dekat sini.

Lelaki warga emas itu berkata, beliau mempelajari kemahiran membuat perahu daripada bapanya ketika berusia 17 tahun dan kekal mengusahakan pertukangan tradisional yang dicintainya sehingga kini.

Iklan
Iklan

Tengku Ibrahim berkata, kebanyakan perahu yang dihasilkannya adalah jenis timba yang diperbuat daripada kayu keras seperti meranti, seraya, merbau dan nyatoh bagi memastikan perahu berkenaan tahan lasak serta dapat digunakan dalam tempoh yang lama. - Foto: Bernama