[VIDEO] SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika

Iklan

KOTA TINGGI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di sini diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis.

Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.

Iklan
Iklan

“Apabila diluaskan pencarian, ada kemungkinan mereka berada lebih jauh dari lokasi asal,” katanya ketika sidang media di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar pada Khamis.

Terdahulu, enam remaja dilaporkan lemas selepas mandi di Pantai Tanjung Lompat sebelum dua daripadanya berjaya diselamatkan orang awam.

Iklan

Operasi SAR diaktifkan pada Rabu berikutan empat lagi mangsa dilaporkan masih hilang sebelum seorang daripadanya ditemui jam 1.15 tengah hari, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

Anggota bomba diberi taklimat mengenai operasi SAR.

Iklan

Mohd Najib berkata, operasi SAR bagi mengesan tiga lagi mangsa bermula jam 7 pagi melibatkan 41 pegawai dan anggota pelbagai agensi.

Katanya, dua dron daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut digunakan.

“APMM dan bomba telah menerbangkan dua dron sebanyak dua kali pada sesi pagi hari ini,” ulasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat remaja dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di pantai

Alif Taqiudin ditemukan lemas, tiga lagi rakan masih hilang

Empat remaja lemas: 'Kami tak tahu adik pergi berkhemah di pantai’

Empat remaja lemas: 'Rakan-rakan cuba selamatkan Thaqif, tak sangka bertukar tragedi'

Katanya, dron-dron itu akan terus diterbangkan semasa air pasang nanti bagi melihat kemungkinan ketiga-tiga mangsa dihanyutkan ke kawasan pantai lain.

Operasi SAR turut berdepan cabaran berikutan keadaan ombak yang mencapai ketinggian 1.15 meter.

“Keadaan mungkin berubah pada tengah hari berikutan air pasang dan berkemungkinan cuaca buruk,” ujarnya.

Mohd Najib memberitahu, pihak berkuasa negara jiran turut dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan menerusi Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Johor Bahru.

Namun, fokus pencarian ketika ini tetap tertumpu di perairan Malaysia termasuk di kawasan darat.