Angka kematian banjir kilat Nepal-China cecah 1,200, hampir 4,800 masih hilang

Iklan
Banjir berkenaan berlaku berlaku pada 26 Ogos apabila glasier di Gunung Langtang Lirung, Nepal, pecah pada ketinggian kira-kira 5,200 meter. FOTO: AFP

ISLAMABAD - Angka kematian akibat banjir kilat dan gelongsoran lumpur dahsyat minggu lalu di sempadan China-Nepal meningkat kepada 1,220 orang manakala hampir 4,762 orang termasuk 844 warga asing masih hilang, lapor Anadolu Ajansi memetik data rasmi terkini pada Rabu.

Menurut Pihak Berkuasa Pengurangan Risiko dan Pengurusan Bencana Kebangsaan Nepal, 1,204 mayat ditemukan di Nepal sejak banjir kilat besar melanda negara Himalaya itu pada 26 Ogos manakala 301 orang cedera dan kira-kira 4,216 masih hilang.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa Nepal berkata kira-kira 900 anggota yang ditempatkan di beberapa stesen jana kuasa hidroelektrik di negara itu masih hilang.

Pihak berkuasa berkata seramai 11,993 orang diselamatkan dari kawasan yang dilanda banjir, manakala 21,314 anggota keselamatan termasuk tentera dan polis dikerahkan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat yang sedang dijalankan.

Iklan

Kira-kira 1.6 juta orang terjejas akibat banjir kilat di Nepal, menurut mereka.

Sekurang-kurangnya 16 orang maut di bahagian sempadan China manakala 546 masih hilang termasuk 261 warga asing, menurut Xinhua News.

Iklan

Akses jalan ke kawasan utama Pelabuhan Gyirong di Tibet, yang dinamakan China sebagai Wilayah Autonomi Xizang, dipulihkan pada Rabu selepas kerja pembaikan"sepanjang masa” dilakukan selama beberapa hari bagi membaiki lebuh raya yang rosak, lapor Xinhua News yang berpangkalan di Beijing.

Pasukan penyelamat, bekalan bantuan dan sebahagian peralatan menyelamat memasuki kawasan utama operasi melalui jalan yang dibaiki itu.

Pasukan Bantuan Bencana Korea Selatan seramai 44 anggota tiba di Nepal pada Rabu bagi membantu mencari mangsa yang masih hilang. Sekurang-kurangnya sembilan warga Korea Selatan antara mereka yang masih hilang.

China turut menghantar pakarnya selain dron, peranti serta reagen ujian DNA, peralatan penulenan air dan kelengkapan pencahayaan, lapor media kerajaan.

India turut menghantar pakar analisis DNA.

Bencana itu berlaku pada 26 Ogos apabila glasier di Gunung Langtang Lirung, Nepal, pecah pada ketinggian kira-kira 5,200 meter (17,060 kaki), mencetuskan runtuhan ais dan batu yang kemudian berkembang menjadi aliran puing besar serta melanda lembah di sepanjang sempadan.

Aliran air yang besar bersama gelongsoran lumpur memusnahkan kawasan Rasuwa, Nuwakot, Dhading, Kavre dan Lembah Kathmandu di Nepal, selain menimbus lintasan sempadan Gyirong dengan Nepal di barat daya Tibet, yang juga dikenali sebagai Wilayah Autonomi Xizang, di pihak China. - Bernama