Jerebu: Putrajaya catat IPU tidak sihat

Iklan

PUTRAJAYA - Pemandangan ruang udara di Putrajaya kelihatan kabur berikutan jarak penglihatan terjejas akibat jerebu yang melanda hari ini.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) di pusat pentadbiran kerajaan itu mencatatkan bacaan 148 iaitu berada pada paras tidak sihat.

Iklan
Iklan

Orang ramai dinasihat mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah dan sentiasa memakai pelitup muka apabila berada di kawasan terbuka. - Foto: Bernama