Keris 'bercerita' tentang status, kehidupan dan teknologi masyarakat Melayu

Iklan

KOTA BHARU - Sebilah keris bukan sekadar senjata tajam peninggalan masa silam, sebaliknya turut menjadi cerminan kedudukan, peranan dan kehidupan masyarakat Melayu terdahulu melalui jenis, bentuk serta rekaannya.

Pengumpul senjata lama, Azek Abu Bakar, 64, berkata, Keris Debek atau jenis pendek lazimnya dikaitkan dengan golongan agama atau"tok lebai" manakala Keris Penyalang yang lebih panjang menjadi lambang kuasa adat dan sering dikaitkan dengan pelaksanaan hukum.

Iklan
Iklan

Tambahnya, reka bentuk mata bilah, ukiran kerawang, luk dan sarung atau sampir juga boleh menjadi petunjuk kepada asal usul sesebuah keris.

"Keris pada zaman dahulu bukan sekadar alat mempertahankan diri, malah membawa makna berkaitan autoriti, tanggungjawab, budaya dan cara hidup masyarakat yang menghasilkannya," katanya ketika ditemui pada Festival Senjata Warisan Kelantan di Istana Balai Besar di sini baru-baru ini. - Bernama 

Iklan
Iklan