BUKU mewah 'Payung Mahkota Selangor: 25 Tahun di Singgahsana' yang dipersembahkan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersempena dengan Sambutan Jubli Perak Pemerintahan baginda.
Buku dwibahasa Melayu dan Inggeris setebal 204 halaman itu, dengan judul bahasa Inggeris The Crown of Selangor: 25 Years on the Throne, mendokumentasikan perjalanan kehidupan, pemerintahan serta sumbangan Sultan Sharafuddin sepanjang 25 tahun menaungi Selangor.
Foto Bernama