Jerebu: Enam kawasan di Sarawak catat IPU berbahaya

Iklan
Pemandangan berjerebu dirakam di Tebingan Sungai Kuching pada Isnin. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Enam kawasan di Sarawak mencatatkan Indeks Pencemar Udara (IPU) tahap berbahaya setakat 8 pagi ini, dengan stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian merekodkan bacaan tertinggi iaitu 408.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), lima lagi kawasan di Sarawak yang mencatatkan bacaan IPU tahap berbahaya ialah Kuching (407), Samarahan (372), Sri Aman (361), Sarikei (333) dan Sibu (309).

Iklan
Iklan

Tiga kawasan di negeri itu mencatatkan bacaan tahap sangat tidak sihat, iaitu Mukah (234), Bintulu (232) dan Samalaju (225).

Sebanyak sembilan kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dengan stesen pemantauan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri merekodkan bacaan tertinggi iaitu 187 diikuti Miri (180), Kapit (178), Labuan (167) dan Limbang (166).

Iklan

Turut mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Kimanis dan Keningau di Sabah, masing-masing 156, Tawau (132) serta Johan Setia di Selangor (123).

Sementara itu, 48 kawasan di seluruh negara dilaporkan berada pada tahap sederhana.

Iklan

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya. - Bernama