Pesta Menjala 2.0 sasar hidupkan warisan, jana ekonomi Kuala Wau

Iklan
Pesta Menjala 2.0 Estet Ikan Kuala Wau 2026 yang bertemakan ‘Menjala Warisan, Menjana Ekonomi’ merupakan penganjuran kali kedua selepas program sulung pada 2021. Gambar kecil: Mohd Zurin

MARAN - Sebanyak 1.83 juta benih ikan telah dilepaskan ke Estet Ikan Kuala Wau sejak 2022 sebagai persediaan menjadikan kawasan berkenaan antara tarikan utama Pesta Menjala 2.0 yang berlangsung pada 20 September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kuala Wau, Mohd Zurin Md Jais berkata, stok ikan di estet berkenaan kini dianggarkan antara 40 hingga 50 tan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, antara spesies ikan yang terdapat di estet berkenaan termasuk tengalan, patin, baung, lampan dan sebarau.

“Penganjuran Pesta Menjala 2.0 bukan sekadar pertandingan, tetapi usaha mengangkat kembali seni menjala sebagai warisan masyarakat tempatan selain membuka ruang kepada komuniti menjana pendapatan.

Iklan

Pesta Menjala 2.0 Estet Ikan Kuala Wau 2026 yang bertemakan ‘Menjala Warisan, Menjana Ekonomi’ merupakan penganjuran kali kedua selepas program sulung pada 2021.

Pertandingan kali ini turut menawarkan cabaran mendapatkan ikan terberat selain kategori khas ‘Ikan Rahsia’ yang akan dilepaskan ketika pertandingan bermula.

Iklan

Mohd Zurin berkata, pertandingan kali ini turut menawarkan cabaran mendapatkan ikan terberat selain kategori khas ‘Ikan Rahsia’ yang akan dilepaskan ketika pertandingan bermula.

Katanya, elemen tersebut dijangka menambah debaran peserta selain menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Beliau berkata, festival berkenaan turut dirangka sebagai platform pelancongan berasaskan komuniti dengan memberi peluang kepada penduduk dan usahawan tempatan menawarkan makanan, penginapan, kraftangan, produk kampung, pengangkutan serta perkhidmatan sokongan.

“Pendekatan ini diharap dapat memastikan limpahan ekonomi festival dirasai secara langsung masyarakat Kuala Wau.

“Peserta dari luar kawasan juga digalakkan hadir lebih awal kerana tapak perkhemahan disediakan pada kadar berpatutan, sekali gus memberi peluang mereka merasai pengalaman bermalam dalam suasana kampung,” katanya.

Pesta Menjala 2.0 bukan sekadar pertandingan, tetapi usaha mengangkat kembali seni menjala sebagai warisan masyarakat tempatan selain membuka ruang kepada komuniti menjana pendapatan.

Selain pertandingan menjala, pengunjung bakal disajikan persembahan kebudayaan, hiburan pentas, Food Street, pameran usahawan tempatan, sukan keluarga dan cabutan bertuah yang menawarkan motosikal, hamper serta pelbagai barangan elektrik dan keperluan rumah.

Penganjur turut memperkenalkan sistem pendaftaran secara cashless melalui platform escabee.com bagi melancarkan urusan peserta.

Mohd Zurin berkata, aspek pengurusan parkir, kawalan trafik, perkhidmatan shuttle serta kemudahan buggy dan tram turut diberi perhatian bagi memastikan kelancaran festival.

“Apabila festival berkembang, ekonomi masyarakat setempat juga perlu berkembang bersama,” katanya.

Pesta Menjala 2.0 dianjurkan JPKK Kuala Wau dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Maran serta Jabatan Perikanan Negeri Pahang.

Penganjuran itu diharap mampu memperkenalkan Kuala Wau dan Maran sebagai destinasi pelancongan berasaskan alam semula jadi, sungai, warisan dan kehidupan masyarakat kampung.