GYIRONG - [DIKEMAS KINI] Tiga rakyat Malaysia antara 261 warga asing dari 23 negara yang dikenal pasti masih belum dapat dikesan susulan kejadian tanah runtuh melanda Pelabuhan Gyirong di sempadan China-Nepal, Wilayah Autonomi Xizang di barat daya China pada 26 Ogos, menurut pihak berkuasa tempatan pada Ahad.
Angka terbaharu itu diumumkan pada sidang media anjuran pejabat penerangan kerajaan wilayah berkenaan selepas operasi pencarian bersama serta semakan maklumat oleh pihak berkuasa hal ehwal luar, keselamatan awam, kebudayaan dan pelancongan serta pengurusan kecemasan, lapor Xinhua.