Tentera Israel letupkan pusat jagaan warga emas di selatan Lubnan

Iklan
Tentera Israel turut merobohkan beberapa bangunan di antara bandar Markaba dan Rab El Thalathine dalam daerah berkenaan.

ISTANBUL - Tentera Israel pada Sabtu meletupkan sebuah pusat jagaan warga emas di selatan Lubnan, dalam satu lagi pencabulan terhadap kedaulatan negara itu, lapor Anadolu Ajansi.

Memetik Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA), laporan itu menyebut pusat jagaan sosial warga emas berkenaan terletak di bandar Houla, daerah Marjayoun.

Iklan
Iklan

Tentera Israel turut merobohkan beberapa bangunan di antara bandar Markaba dan Rab El Thalathine dalam daerah berkenaan.

Di daerah Nabatieh di selatan Lubnan, sebuah dron Israel menyerang kawasan lapang di antara Jarmaq dan Kfar Remman, manakala bedilan artileri menyasarkan kawasan pinggir bandar Zawtar al-Gharbiyeh.

Iklan

Artileri Israel turut membedil kawasan di antara bandar Haddatha dan Haris.

Pada 26 Jun, Lubnan dan Israel mencapai perjanjian rangka kerja yang dimudahcara Amerika Syarikat yang memperuntukkan pengunduran tentera Israel secara berperingkat sebagai pertukaran kepada penempatan tentera Lubnan serta pelucutan senjata kumpulan bersenjata, termasuk Hizbullah. - Bernama

Iklan