Kematian guru di sekolah: Kes masih diklasifikasi SDR - Polis

Iklan
Shazeli (tengah) dalam sidang akhbar di IPK Selangor pada Khamis.

SHAH ALAM - Siasatan kes kematian seorang guru wanita di sebuah sekolah di Hulu Selangor pada 30 Julai lalu masih diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihak polis telah merekod keterangan daripada keluarga mangsa, pelajar dan rakan sekerja.

Iklan
Iklan

"Setakat ini kes tidak dapat menjurus sebarang unsur tekanan.

"Kes masih berjalan dan disiasat mengikut SDR. Kita sedang berusaha cari keterangan lain sebelum kes dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan lanjut," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Khamis.

Iklan

Tambahnya, guru terbabit telah bertugas di sekolah dalam beberapa bulan selepas bertukar dari sekolah lain.

"Mangsa dari sekolah lain dan telah bekhidmat beberapa tahun dalam perguruan," ujarnya.

Iklan

Sebelum ini Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Manimaran Munjandi dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan MERS 999 kira-kira jam 7.15 pagi berhubung kejadian itu.

Mangsa yang ditemukan di bilik guru tingkat satu sekolah tersebut telah dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia ketika berada di Unit Kecemasan.

Bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh pada jam 5.30 petang hari sama.