KABUL - Sekurang-kurangnya 15 orang cedera dalam gempa bumi yang melanda Wilayah Nangarhar di timur Afghanistan pada pagi Selasa, menurut media tempatan Tolo News, lapor Xinhua.
Menurut laporan itu, mangsa yang cedera termasuk wanita dan kanak-kanak dibawa ke Hospital Wilayah Nangarhar untuk mendapatkan rawatan.