Gempa bumi lemah magnitud 3.1 gegar perairan Batu Pahat

Iklan
Gempa bumi lemah bermagnitud 3.1 berlaku di Perairan Batu Pahat pada jam 4.12 petang Selasa. Foto Facebook MetMalaysia

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.1 berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada 4.12 petang Selasa.

Dalam kenyataan pada Selasa, MetMalaysia memaklumkan pusat gempa dikesan di koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur, kira-kira 18 kilometer (km) barat daya Batu Pahat.

Iklan
Iklan

"Gempa bumi berkenaan berlaku pada kedalaman 10 km.

"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," menurut kenyataan itu. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan