Hukum pemilik lepaskan ternakan bebas berkeliaran

Iklan
PEMILIK haiwan ternakan perlu bertanggungjawab atas kerugian, kerosakan harta benda dan kemudaratan kepada orang lain disebabkan haiwan tersebut.

Soalan

Apakah hukum seorang penternak melepaskan haiwan ternakannya di tempat terbuka sehingga menyebabkan kerugian, kerosakan harta benda dan kemalangan kepada pengguna jalan raya?

Iklan
Iklan

Jawapan

Secara asasnya, melepaskan haiwan ternakan bebas di tempat terbuka dihukumkan sebagai harus jika tempat tersebut memang kawasan yang sesuai dan tidak menimbulkan kemudaratan kepada orang lain.

Iklan

Namun, pemilik haiwan bertanggungjawab memastikan ternakannya tidak berkeliaran sehingga mengganggu, merosakkan harta atau membahayakan orang awam.

Jabatan Mufti Negeri Sembilan menjelaskan, pemilik haiwan bertanggungjawab memastikan sumber makanan ternakan dan tidak membiarkannya bebas memasuki kawasan larangan.

Iklan

Ini bertepatan dengan kaedah fiqh Ad-darar yuzal iaitu kemudaratan hendaklah dihilangkan.

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan turut menjelaskan bahawa haiwan ternakan yang berkeliaran boleh ditangkap oleh pihak berkuasa atas dasar maslahah bagi mengelakkan kemudaratan kepada masyarakat.

Bagaimana pula jika ternakan menyebabkan kemalangan? Jika pemilik sengaja atau cuai membiarkan lembu, kambing atau ternakan lain berkeliaran di jalan raya sehingga menyebabkan kemalangan, pemilik boleh dipertanggungjawabkan atas kecuaian tersebut, selain tertakluk kepada undang-undang yang berkuat kuasa.

Sebagai contoh di Selangor, terdapat peruntukan undang-undang terhadap pemilik lembu atau kerbau yang membiarkan ternakan berkeliaran di luar kawasan yang dibenarkan.