Lelaki pukul jiran guna batang besi direman tujuh hari

Iklan
Suspek direman tujuh hari bermula Isnin untuk membantu siasatan berkenaan kes pukul jirannya.

GEORGE TOWN- Lelaki warga emas yang ditahan selepas dipercayai memukul jirannya direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nurhanisah S H Sahul Hamid di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.

Iklan
Iklan

Terdahulu, suspek yang bergari dibawa ke mahkamah dengan menaiki lori polis sambil diiringi anggota polis.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, seorang lelaki warga emas cedera parah selepas dipukul jirannya menggunakan batang besi dalam kejadian di Jalan Perak di sini pada Ahad.

Iklan

Suspek tiba di pekarangan mahkamah dalam keadaan tangan bergari sambil diiringi anggota polis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi ketika mangsa berusia 80 tahun berada di hadapan rumahnya.

Iklan

Abdul Rozak berkata, mangsa yang merupakan lelaki tempatan dipercayai dipukul suspek berusia 62 tahun menggunakan sebatang besi.

Akibat daripada kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian tangan dan kaki dan kini masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Mangsa mengalami cedera parah selepas dipukul suspek di hadapan rumahnya.

Abdul Rozak menambah, polis kemudiannya berjaya menahan suspek dan merampas batang besi yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut di rumahnya.

Tambahnya, punca kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata.