PRN Melaka: MCA sasar tanding tujuh kerusi, rampas dua kerusi DAP

Iklan
Hee Sem melihat MCA berpotensi bertanding di tujuh kerusi tradisi DUN iaitu Machap Jaya, Klebang, Bemban,Kota Laksamana, Ayer Keroh, Kesidang dan Banda Hilir.

MELAKA - MCA Melaka yakin mampu merampas sekurang-kurangnya dua daripada empat kerusi DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Naib Pengerusi MCA Melaka, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, keyakinan itu berdasarkan penilaian parti terhadap kekuatan MCA selain prestasi semasa parti itu pada PRN Johor.

Iklan
Iklan

“Jika ikut penilaian, kita boleh rampas sekurang-kurangnya dua kerusi daripada DAP. Kerusi apa yang disasarkan itu, nanti Presiden akan umum.

Pada PRN lalu, DAP berjaya menawan empat kerusi iaitu DUN Kesidang yang dimenangi Allex Seah Shoo Chin, Ayer Keroh (Kerk Chee Yee), Kota Laksamana (Low Chee Leong) dan Banda Hilir (Leng Chau Yen).

Iklan

Sementara MCA memenangi dua kerusi iaitu Hee Sem di Machap Jaya serta DUN Klebang, Datuk Lim Ban Hong.

Hee Sem berkata, sebelum PRU14, MCA bertanding lapan kerusi termasuk Duyong, tetapi apabila UMNO mengambil alih kerusi itu, MCA tidak berhasrat untuk bertanding di kerusi tersebut.

Iklan

Diminta mengulas kebimbangan kerusi MCA mungkin dikurangkan sekiranya BN memutuskan untuk bekerjasama sama ada dengan PH atau PN, beliau menyerahkan perkara itu kepada pucuk pimpinan parti, khususnya Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berhubung rundingan pembahagian kerusi sekiranya berlaku kerjasama itu.

Beliau pada masa sama berkata, BN Melaka juga diyakini mampu memperoleh kemenangan sekiranya bergerak solo pada PRN akan datang, malah berpotensi membentuk kerajaan negeri.

“Penilaian saya kalau BN bertanding solo, saya yakin boleh menang banyak kerusi dan kita boleh memimpin Kerajaan Negeri Melaka pada masa akan datang.

“Kita yakin dengan kepimpinan Ketua Menteri dan usaha selama tiga tahun menerajui Melaka. Kita sudah banyak usaha, macam-macam program sudah buat dan masalah rakyat kita pun sudah selesai bersama,” katanya.