Empangan Selangor mampu tampung 3 bulan tanpa hujan - Izham

Iklan
Empangan Sungai Tinggi, Hulu Selangor

SABAK BERNAM - Empangan di Selangor masih mampu menampung keperluan bekalan air sehingga tiga bulan sekiranya keadaan panas berlarutan tanpa menerima hujan.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Ir Izham Hashim berkata, tahap kapasiti empangan ketika ini masih terkawal walaupun terdapat sedikit penurunan terutama di Empangan Sungai Langat yang berada pada sekitar 78 peratus.

Iklan
Iklan

"(Penyusutan empangan Sungai Langat) itu normal, dua bulan lepas pun berlaku, tetapi Insya-ALLAH akan penuh semula.

"Bagaimanapun, empangan lain (di Selangor) masih di atas (paras) 85 peratus," katanya ketika ditemui pada Karnival Bendang 2026 di Parit 2 Timur di sini pada Sabtu..

Iklan

Beliau berkata, meskipun hujan dalam jumlah tidak banyak, tetapi ia turut membantu memanjangkan tempoh ketahanan bekalan air.

Katanya, jika mengambil kira sumber lain termasuk off-river storage, tempoh ketahanan keseluruhan bekalan air Selangor adalah lebih panjang.

Iklan

Mengulas mengenai karnival itu, Izham menjelaskan, seramai 5,000 pengunjung dijangka hadir dengan menampilkan sebanyak 25 acara dalam usaha menghidupkan kembali semangat kerjasama dan perpaduan komuniti sawah.

Beliau berkata, karnival itu memasuki tahun kedua penganjurannya selepas mendapat sambutan menggalakkan pada tahun lalu.

"Pelbagai aktiviti berkaitan sawah turut dianjurkan bagi membawa kembali nostalgia kehidupan masyarakat di kawasan berkenaan," tambah beliau.