3,500 Jalur Gemilang hiasi bandar Ipoh
Iklan
Zamakhshari (dua dari kanan) menyempurnakan penyerahan Jalur Gemilang sempena Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2026 pada Khamis.
IPOH – Bagi menyemarakkan bulan Kebangsaan, Bandar raya Ipoh di sini mula dihiasi dengan 3,500 Jalur Gemilang.
Inisiatif itu dilaksanakan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang 2026 melibatkan lokasi awam dan premis perniagaan.
Iklan
Iklan
Datuk Bandar Ipoh, Zamakhshari Hanipah berkata, pihaknya juga telah menghantar 5,000 surat pekeliling kepada premis perniagaan bagi menggalakkan mereka mengibarkan Jalur Gemilang.
“Di peringkat MBI, sebanyak 3,500 Jalur Gemilang telah dipasang.
Iklan
"Kita harap semangat ini dapat diperluaskan kepada seluruh masyarakat supaya mereka turut bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang," katanya sempena Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat MBI 2026 di sini pada Khamis.
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menyemarakkan bulan Kebangsaan menerusi Kempen Kibar Jalur Gemilang 2026 dengan pemasangan 3,500 Jalur Gemilang.
Iklan
Beliau berkata, pelaksanaan kempen itu mencerminkan kerjasama erat antara pihak berkuasa tempatan dan komuniti dalam memperkukuh semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
Dalam majlis tersebut turut diadakan penyerahan simbolik Jalur Gemilang kepada kontinjen kawad MBI, lintas hormat kawad kaki serta penyerahan bendera kepada Ahli Majlis, ketua jabatan dan kenderaan rasmi MBI.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan"><meta itemprop="description" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli serta dakwaan murid dipukul guru yang berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut susulan laporan yang dibuat pihak terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799864/edisi/perak/kes-buli-dakwaan-murid-dipukul-guru-ppd-laksana-prosedur-ditetapkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #dakwaanbuli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-10T04:37:08.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P97S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbkofdm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbkofdm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbkofdm"></script>