TEL AVIV - Israel berdepan pemandangan luar biasa apabila kawasan rizab alam semula jadi Nahal Sorek 'diserang' labah-labah gergasi.
Fenomena jarang berlaku di tebing sungai yang mengalir di sepanjang Tebing Barat dan Tel Aviv itu tercetus susulan ledakan populasi serangga kecil yang menarik jutaan labah-labah daripada genus Tetragnatha untuk berkumpul dan menghasilkan jutaan jaring di kawasan berkenaan.
"Ia kelihatan seperti kawasan luas yang belum pernah diterokai manusia," katanya.
Ia dipercayai berlaku apabila jutaan labah-labah Tetragnatha 'berpesta' dengan agas yang membiak dalam jumlah luar biasa akibat aliran air sisa terawat serta lebihan bahan organik di sungai.
Keadaan itu mewujudkan habitat ideal untuk pembiakan agas dan nyamuk, sekali gus menyediakan 'bufet' makanan yang menarik sejumlah besar labah-labah ke kawasan berkenaan.
Jutaan jaring yang pada awalnya dibina secara berasingan akhirnya berselirat dan bercantum lalu membentuk satu hamparan jaring raksasa yang menyelubungi tumbuh-tumbuhan di sepanjang tebing sungai.
Labah-labah Tetragnatha yang mempunyai badan dan kaki panjang serta rahang yang menonjol menggunakan tumbuh-tumbuhan berhampiran air sebagai lokasi strategik untuk memburu mangsa. - Agensi