Lelaki ditahan disyaki ugut, cederakan individu guna pedang di media sosial

Iklan
Suspek berasal dari Kedah dan bekerja sendiri itu ditahan di Langgar, Kedah semalam dan kini direman tiga hari bermula hari ini. Gambar hiasan

KANGAR - Polis menahan seorang lelaki berusia 46 tahun kerana disyaki membuat kenyataan berunsur ugutan untuk mencederakan individu menggunakan sebilah pedang yang tular di media sosial semalam.

Pemangku Ketua Polis Perlis SAC Zaihairul Idrus berkata suspek berasal dari Kedah dan bekerja sendiri itu ditahan di Langgar, Kedah semalam dan kini direman tiga hari bermula hari ini.

Iklan
Iklan

"Semasa tangkapan dibuat, pihak polis telah menjumpai sebilah pedang yang ditularkan itu di dalam kenderaan yang dipandu suspek. Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata ugutan itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berkaitan isu peribadi. 

Iklan

Zaihairul berkata sebelum itu pihaknya menerima laporan polis berhubung satu hantaran yang tular menerusi sebuah akaun Facebook yang memaparkan unsur ugutan itu semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak di luar batasan, melanggar mana-mana peruntukan undang-undang sedia ada serta cuba mencetuskan provokasi atau menggugat keamanan negara. - Bernama  

Iklan