Eksport sisa binaan Singapura ke Johor dihentikan serta-merta
Iklan
Zainal Fitri dan laporan Sinar Harian mengenai isu aktiviti tambak, buang sisa binaan dari Singapura di Pontian serta aduan penduduk.
JOHOR BAHRU - Aktiviti eksport sisa pembinaan dan perobohan (C&D) dari Singapura ke Malaysia dihentikan serta-merta susulan isu eksport dan pelupusan sisa berkenaan di Pontian, Johor.
Pengarah SWCorp Negeri Johor, Zainal Fitri Ahmad berkata, perkara itu dimaklumkan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) Singapura menerusi panggilan telefon pada Isnin.
Iklan
Iklan
Menurutnya, perbincangan itu membabitkan isu aktiviti eksport dan pelupusan sisa pembinaan serta perobohan dari Singapura ke Pontian.
"SWCorp Negeri Johor menegaskan bahawa sebarang aktiviti eksport sisa berkenaan ke Malaysia hendaklah mematuhi peraturan yang berkuat kuasa serta mendapat kelulusan daripada agensi penguat kuasa berkaitan di Malaysia.
Iklan
"Dalam perbincangan tersebut, SWCorp Negeri Johor telah mengemukakan kepada NEA Singapura senarai sembilan syarikat yang dikenal pasti mempunyai kaitan dengan aktiviti eksport sisa pembinaan dan perobohan dari Singapura bagi mendapatkan maklumat lanjut serta pengesahan berkaitan aktiviti syarikat-syarikat berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Pada minggu lalu, lebih lima lokasi yang dikenal pasti menjalankan aktiviti penambakan dan pembuangan sisa binaan dipercayai dari Singapura di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup di sini, diarahkan menghentikan aktiviti serta-merta.
Iklan
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Jafni Md ShukorSebanyak tiga kertas siasatan dibuka membabitkan siasatan terhadap pemilik tanah dan pihak syarikat yang dipercayai terlibat dalam aktiviti berkenaan.
Dalam pada itu, Zainal Fitri berkata, NEA Singapura memaklumkan penghantaran sisa pembinaan dan perobohan dari negara itu ke Malaysia akan dihentikan serta-merta, selain semakan lanjut dilaksanakan terhadap pihak berkaitan di Singapura.
Ujarnya, SWCorp Johor dan NEA Singapura akan terus berhubung serta berkongsi perkembangan terkini hasil siasatan dan tindakan susulan yang dilaksanakan kedua-dua pihak.
"Kerjasama yang diberikan oleh NEA Singapura merupakan satu perkembangan positif dalam usaha memastikan tiada lagi penghantaran sisa berkenaan dari Singapura ke Johor selepas ini.
Menurut beliau, kerjasama itu turut membantu SWCorp Johor memperkukuh usaha pencegahan, pemantauan dan penguatkuasaan mengikut peruntukan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
Katanya, tindakan NEA Singapura membantu menangani isu yang didakwa penduduk berlaku sejak hampir dua tahun lalu di kawasan Mukim Sungai Karang, Pontian.
Dalam perkembangan sama, SWCorp Johor setakat ini membuka empat kertas siasatan mengikut Seksyen 71(1), Akta 672.
Selain itu, satu lagi kertas siasatan dibuka berhubung kes berasingan membabitkan pelupusan sisa tempatan.
Zainal Fitri menjelaskan, SWCorp Johor memandang serius risiko pencemaran alam sekitar sekiranya aktiviti berkenaan tidak dibendung, termasuk kemungkinan terdapat bahan lain yang dibuang bersama sisa pembinaan dan perobohan.
"Pelupusan sisa hendaklah dibuat hanya di lokasi yang ditetapkan dan dibenarkan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.
"SWCorp Negeri Johor akan terus memperkukuh pemantauan dan tindakan penguatkuasaan di bawah Akta 672 terhadap mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti pengurusan atau pelupusan sisa secara tidak sah di negeri ini," katanya.
Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan kebimbangan penduduk mengenai treler yang membawa sisa binaan dari Singapura menggunakan laluan Pekan Nanas- Tanjung Piai, sejak dua tahun lalu, didakwa menyebabkan rumah penduduk retak serta mengundang risiko kemalangan kepada penunggang motosikal.
Bapa dan anak itu antara individu yang terus menghidupkan pelbagai seni tradisional termasuk gasing pangkah Johor, gamelan, tarian reog dan wayang kulit Jawa di Kampung Permatang Duku, Benut sekali gus memastikan khazanah budaya itu terus diwarisi generasi akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792189/edisi/johor/bapa-anak-hidupkan-seni-tradisi-jawa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KumpulanTunasWarisan