[VIDEO] 'Rasa kosong sekarang, tengah nak kumpul jiwa balik'

Iklan

TEMERLOH – “Rasa kosong sekarang ini. Tengah nak kumpul jiwa balik.”

Demikian kata Saifulnizam Sulaiman, 39, suami kepada Nur Fatima Syuhada Abdullah, 39, dan bapa kepada Muhammad Fattah Aisy Naufal Saifulnizam, 12, yang maut dalam tragedi lori tangki menghempap kereta sebelum terbakar di Jalan Temerloh-Triang pada Jumaat lalu.

Iklan
Iklan

Saifulnizam bagaimanapun amat menghargai keprihatinan orang ramai yang hadir memberikan penghormatan terakhir selain mendoakan arwah isteri dan anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Isteri dan anak saya meninggal dunia' - Luahan pilu suami mangsa kereta terbakar dihempap lori tangki

Iklan

Nahas lori tangki dan kereta: Mangsa rentung dipercayai wanita dan anak lelaki 12 tahun

Kereta dihempap lori tangki sebelum terbakar, pemandu dan penumpang disyaki rentung

Iklan

"Ramai yang tak kenal pun datang dan terima kasih yang mendoakan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai urusan pengebumian arwah isteri dan anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sanggang di sini pada Isnin.

Jenazah kedua arwah dikebumikan dalam dua liang lahad bersebelahan di tanah perkuburan itu kira-kira jam 2.30 petang.

Dalam kejadian petang Jumaat lalu, dua beranak terbabit terkorban akibat kereta dinaiki mereka dihempap lori tangki bermuatan 32,000 liter bahan api manakala pemandu lori hanya cedera ringan.

Saifulnizam ditenangkan selepas selesai urusan pengebumian insan tersayang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sanggang di sini pada Isnin. Foto Sinar Harian.

Insiden itu menyebabkan mereka terperangkap di dalam kenderaan sebelum ditemui rentung.

Pemandu lori tangki terbabit kini direman selama empat hari sehingga 18 Ogos bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala saringan ujian air kencing terhadap lelaki berkenaan didapati negatif dadah.

Dalam pada itu, Saifulnizam memohon orang ramai terus mendoakan agar kedua insan yang disayanginya ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh dan solehah.

“Saya minta semua mendoakan arwah anak, Muhammad Fattah Naufal dan juga arwah isteri, Nur Fatima Syuhada, ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan solehah,” luahnya.

Ahli keluarga kepada Saifulnizam ditenangkan selepas selesai urusan pengebumian.

Sementara itu, kakaknya, Roslina Sulaiman, 45, berkata Saifulnizam dan arwah isterinya baru sahaja memulakan projek benih ikan di Kampung Gadong, Sendayan, Negeri Sembilan pada awal bulan ini.

Ujarnya, projek yang dijalankan di atas tanah milik Saifulnizam itu menjadi antara urusan yang diusahakan adiknya selepas kira-kira 15 tahun terbabit dalam bidang akuakultur.

“Sebelum ini dia menjalankan projek berkenaan di Jerantut dan awal bulan ini baru sahaja memulakan projek benih ikan di kampung kami di Sendayan.

“Projek berkenaan masih di peringkat awal dan Saifulnizam bersama arwah isterinya kerap berulang-alik dari Jerantut ke Sendayan untuk meninjau keadaan tapak serta menguruskan perkembangannya,” katanya ringkas.