Jalur Gemilang terbalik, premis perindustrian di Kulai ditutup sementara
Iklan
Notis penutupan sementara oleh MPKu. - Foto tular
KULAI - Sebuah premis perindustrian di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) ditutup sementara selepas didapati memasang Jalur Gemilang secara terbalik.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, tindakan itu diambil sehingga pihak syarikat berkenaan tampil memberikan penjelasan serta melengkapkan perakuan Aku Janji.
Iklan
Iklan
"Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik itu turut diperbetulkan dengan serta-merta selepas perkara berkenaan dikenal pasti.
"Pada masa sama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan, manakala pengarah syarikat berkenaan akan dipanggil dengan kadar segera untuk memberikan penjelasan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Iklan
Sebelum itu tular gambar menunjukkan Jalur Gemilang dalam keadaan terbalik di hadapan sebuah premis perindustrian menimbulkan kemarahan orang ramai lebih-lebih lagi ketika bulan kemerdekaan.
Dalam pada itu, Mohd Jafni berkata, tindakan yang diambil MPKu mempunyai asas berdasarkan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2019 yang diguna pakai PBT di Johor.
Iklan
Tambahnya, ia termasuk UUK 49(2) berkaitan kuasa menutup premis dan UUK 45(1) berkaitan pengibaran bendera.
Beliau seterusnya, menegaskan isu berkaitan pemasangan Jalur Gemilang tidak boleh dipandang ringan, terutama ketika negara sedang menyambut Bulan Kebangsaan.
"Perkara seperti ini tidak boleh dianggap remeh, tidak boleh dinormalisasikan dan tidak boleh dibiarkan berlalu tanpa tindakan.
"Semua pemilik premis, syarikat dan pihak industri di Johor, diingatkan supaya memastikan pemasangan Jalur Gemilang dilakukan dengan betul dan penuh rasa tanggungjawab," ujarnya lagi.
Tegas beliau, alasan kecuaian tidak boleh dijadikan alasan untuk memperlekehkan simbol kedaulatan negara.
"Kerajaan negeri tidak akan berkompromi dalam soal penghormatan terhadap Jalur Gemilang.
"Kita boleh menunggu hasil siasatan bagi menentukan punca dan tanggungjawab pihak terlibat, tetapi prinsip kita jelas. Maruah negara mesti dipelihara dan undang-undang mesti dihormati," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bapa, anak hidupkan seni tradisi Jawa"><meta itemprop="description" content="Hampir dua dekad mengabdikan diri memartabatkan seni budaya masyarakat Jawa, pengasas Kumpulan Tunas Warisan, Amar Abu, 65, kini mampu menarik nafas lega apabila perjuangannya mempertahankan warisan itu disambung oleh anak bongsunya, Mohd Nizal Amar, 21.
Bapa dan anak itu antara individu yang terus menghidupkan pelbagai seni tradisional termasuk gasing pangkah Johor, gamelan, tarian reog dan wayang kulit Jawa di Kampung Permatang Duku, Benut sekali gus memastikan khazanah budaya itu terus diwarisi generasi akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792189/edisi/johor/bapa-anak-hidupkan-seni-tradisi-jawa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KumpulanTunasWarisan
#Jawa #gamelan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-16T04:30:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dTIv-1gWJu0RnLPaA/x1080"><meta itemprop="duration" content="P101S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=k3zczdkISjA295INE6O"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xay4rjy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="k3zczdkISjA295INE6O"></script>