Juruterbang ditahan di Indonesia dipercayai bawa dadah ke beberapa negara sejak 2024

Iklan
Hussein

SHAH ALAM - Juruterbang yang ditahan bersama kira-kira 25 kilogram dadah di Indonesia bulan lalu dipercayai sudah beberapa kali membawa bahan terlarang itu ke beberapa negara sejak 2024.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, perkara itu didedahkan suspek ketika sesi soal siasat dijalankan pasukan JSJN di Jakarta.

Iklan
Iklan

Menurutnya, suspek dipercayai berperanan membawa dadah keluar dari Malaysia ke beberapa destinasi berdasarkan jadual penerbangannya.

"Dia terbabit sejak 2024 dengan peranannya membawa dadah keluar dari negara ke beberapa destinasi mengikut jadual penerbangannya.

Iklan

"Ini bukan kali pertama kerana dia sudah beberapa kali membawa dadah ke beberapa negara," katanya pada Ahad.

Media sebelum ini melaporkan pasukan JSJN bertemu dan menyoal siasat juruterbang berkenaan di Jakarta dalam sesi yang pada asalnya dijadualkan pada Rabu dan Khamis sebelum dilanjutkan sehari hingga Jumaat dengan kebenaran POLRI.

Iklan

Terdahulu, suspek berusia 39 tahun itu ditahan di Terminal 3 Ketibaan Antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Tangerang, Banten, pada 29 Julai lalu selepas tiba dari Kuala Lumpur menaiki penerbangan MH727.

Suspek ditahan kira-kira jam 11.30 malam selepas pegawai kastam Indonesia mengesan bagasi milik suspek mencurigakan menerusi imbasan sinar-X sebelum mengarahkannya ke bilik pemeriksaan selepas bagasi dituntut.

Pemeriksaan lanjut menemukan 14 bungkusan mengandungi 70,114 pil ekstasi seberat kira-kira 25 kilogram dalam bagasi berkenaan, selain empat gram syabu dalam barang bawaannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Juruterbang kes dadah: JSJN buru sindiket, kesan taktik lepasi KLIA

Soal siasat juruterbang Malaysia di Jakarta bongkar petunjuk baharu sindiket dadah

Juruterbang Malaysia berdepan hukuman mati kes seludup 26kg dadah ke Indonesia

PDRM sahkan penahanan juruterbang Malaysia kes dadah di Indonesia

Kes dadah libat juruterbang: Malaysia Airlines sedia beri kerjasama kepada pihak berkuasa Indonesia

Juruterbang warga Malaysia ditahan di Jakarta disyaki seludup 26kg dadah

Dalam pada itu, Hussein berkata, hasil soal siasat itu turut membawa kepada pendedahan maklumat berkaitan beberapa sindiket dadah di Malaysia dan negara lain termasuk Indonesia.

"Polis akan menjalankan siasatan lanjut terhadap anggota sindiket yang dikenal pasti termasuk meneliti aliran kewangan berkaitan aktiviti penjualan dadah.

"Maklumat mengenai rangkaian sindiket antarabangsa itu juga akan disalurkan kepada agensi penguatkuasaan dadah di negara berkaitan," katanya.

Dalam pada itu, siasatan mendapati tiada petunjuk menunjukkan wujud penglibatan orang dalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika suspek melepasi pemeriksaan.

"Hasil soal siasat mendapati tiada petunjuk menunjukkan penglibatan orang dalam di KLIA.

"Ini bermaksud dia bertindak secara solo ketika melepasi pemeriksaan dan perkara itu perlu diperhalusi bagi mengetahui bagaimana dadah berkenaan tidak dapat dikesan," katanya.

Hussein berkata, PDRM setakat ini berpuas hati tiada penglibatan orang dalam dalam proses berkenaan.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan kaedah digunakan suspek untuk melepasi pemeriksaan bagi memastikan siasatan tidak terjejas.

Menurutnya, juruterbang berkenaan masih ditahan Polis Republik Indonesia (POLRI) dan perlu melalui proses undang-undang negara itu.

"Mengenai kemungkinan suspek diekstradisi ke Malaysia, perkara itu membabitkan urusan kedua-dua negara dan saya tidak boleh mengulas lanjut," katanya.

Hussein berkata, jumlah penghantaran, negara yang menjadi destinasi serta jumlah upah diterima suspek sejak 2024 masih dalam siasatan.

Kes juruterbang seludup 26kg dadah ke Indonesia: Polis teliti rakaman CCTV di KLIA

Juruterbang ditahan di Indonesia: Bagasi lepasi saringan KLIA, tiada objek mencurigakan dikesan

Kes dadah juruterbang Malaysia: MAHB beri kerjasama penuh kepada agensi penguat kuasa

Kes juruterbang seludup dadah: SOP keselamatan lapangan terbang diteliti semula