Pelajar MRSM hilang: Asyraf Wajdi arah pengurusan MARA semak semula SOP bawa pelajar ke klinik

Iklan
Asyraf Wajdi

SHAH ALAM - Pengurusan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diarah untuk menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) membawa pelajar ke klinik susulan insiden dua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka dilaporkan hilang sebelum ini.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan itu perlu dibuat bagi memastikan insiden sama tidak berulang pada masa akan datang.

Iklan
Iklan

"Apa pun faktor yang mendorong dua pelajar MRSM Alor Gajah 'hilang' empat hari, saya telah minta Pengurusan MARA untuk semak SOP bawa pelajar ke klinik.

"Ia penting agar tiada lagi insiden serupa berulang masa akan datang. Siasatan penuh mesti dibuat," katanya menerusi satu hantaran di media sosial pada Sabtu.

Iklan

Asyraf Wajdi pada Jumaat memaklumkan dua pelajar terbabit masing-masing berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang sejak 11 Ogos lalu ditemukan selamat di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Difahamkan, sebelum dilaporkan hilang, kedua-dua pelajar mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan di Alor Gajah selepas kurang sihat.

Iklan

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya masih menyiasat punca berkaitan kehilangan dua pelajar Tingkatan Empat tersebut.