SUBANG – [KEMAS KINI] Sebuah helikopter meletup sebelum terbakar ketika berlepas bagi tujuan pengujian enjin selepas menjalani kerja pembaikan di Lapangan Terbang Subang di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian itu, seorang mangsa dilaporkan cedera dan berada di luar pesawat selepas terkena serpihan, manakala empat lelaki warga Ukraine yang terdiri daripada juruterbang, kru dan pembantu juruterbang (co-pilot) berjaya menyelamatkan diri.