Amaran ribut petir di tujuh negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda tujuh negeri hingga jam 9 malam ini.Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda tujuh negeri hingga jam 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri yang terlibat ialah Perak (Bagan Datuk, Muallim, Hilir Perak dan Batang Padang), Terengganu, Pahang dan Johor (Mersing).

Iklan
Iklan

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Selangor (Sepang, Klang, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Kuala Langat), Negeri Sembilan (Rembau dan Port Dickson) serta Melaka (Alor Gajah dan Melaka Tengah). - Bernama