Soal siasat juruterbang Malaysia di Jakarta bongkar petunjuk baharu sindiket dadah

Iklan
Juruterbang Malaysia ditahan di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta bulan lepas kerana disyaki cuba menyeludup dadah, masih dalam tahanan polis Indonesia. Gambar kecil: Hussein

JAKARTA - Pasukan penyiasat narkotik Malaysia memperoleh petunjuk baharu mengenai sindiket dadah di dalam dan luar negara selepas dua hari menyoal siasat seorang juruterbang Malaysia yang ditahan di Indonesia, dengan siasatan dilanjutkan ke hari ketiga pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasukan penyiasat empat anggota itu turut memperoleh maklumat mengenai dakwaan penglibatan juruterbang berkenaan dalam rangkaian sindiket dadah domestik dan antarabangsa.

Iklan
Iklan

Hussein berkata, sesi soal siasat pada asalnya dijadualkan pada 12 dan 13 Ogos, namun Polis Nasional Indonesia (POLRI) membenarkan pasukan Malaysia menyoal siasat suspek untuk satu hari tambahan, sekali gus melanjutkan sesi itu hingga 14 Ogos.

Beliau berkata, siasatan itu turut memberikan maklumat mengenai bagaimana suspek berjaya melepasi pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), selain aliran kewangan sindiket dadah di dalam dan luar Malaysia.

Iklan

Hussein berkata, POLRI memberikan kerjasama yang sangat baik kepada pasukan Malaysia, manakala suspek turut memberikan kerjasama yang baik sepanjang sesi soal siasat.

ARTIKEL BERKAITAN:

Iklan

Juruterbang Malaysia berdepan hukuman mati kes seludup 26kg dadah ke Indonesia

PDRM sahkan penahanan juruterbang Malaysia kes dadah di Indonesia

Kes dadah libat juruterbang: Malaysia Airlines sedia beri kerjasama kepada pihak berkuasa Indonesia

Juruterbang warga Malaysia ditahan di Jakarta disyaki seludup 26kg dadah

Kes juruterbang seludup 26kg dadah ke Indonesia: Polis teliti rakaman CCTV di KLIA

Juruterbang ditahan di Indonesia: Bagasi lepasi saringan KLIA, tiada objek mencurigakan dikesan

Kes dadah juruterbang Malaysia: MAHB beri kerjasama penuh kepada agensi penguat kuasa

Kes juruterbang seludup dadah: SOP keselamatan lapangan terbang diteliti semula

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Khamis berkata, pihak berkuasa Indonesia membenarkan penyiasat Malaysia menyoal siasat juruterbang berkenaan, sekali gus membuka ruang untuk siasatan lanjut mengenai kes itu.

Saifuddin Nasution berkata, beliau telah diberi taklimat oleh Hussein mengenai perkembangan terkini dan siasatan masih dijalankan.

Juruterbang Malaysia berusia 39 tahun itu, yang ditahan di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta bulan lepas kerana disyaki cuba menyeludup 25 kilogram dadah, masih dalam tahanan polis Indonesia. - Bernama