Restoran Florida tawarkan pengalaman makan tanpa pakaian

Iklan
Bagi menjaga keselesaan dan kebersihan, peserta disediakan jubah, tuala serta alas tempat duduk untuk digunakan sepanjang pengalaman berkenaan - Foto: Agensi

 FLORIDA - Sebuah restoran stik di Hollywood, Florida, Amerika Syarikat menawarkan pengalaman makan tanpa pakaian pada malam tertentu setiap bulan, dalam acara yang menyasarkan pelanggan dewasa berusia 18 tahun ke atas.

Menurut laporan News of the Weird, pelanggan yang menyertai pengalaman itu perlu mematuhi beberapa peraturan ditetapkan pihak restoran, termasuk larangan menyentuh pelanggan lain tanpa persetujuan.

Iklan
Iklan

Bagi menjaga keselesaan dan kebersihan, peserta disediakan jubah, tuala serta alas tempat duduk untuk digunakan sepanjang pengalaman berkenaan.

Acara itu dilaporkan berlangsung pada waktu tertentu dan hanya terbuka kepada pelanggan yang memenuhi syarat ditetapkan pihak restoran.

Iklan

Konsep berkenaan menjadi antara kisah luar biasa yang diketengahkan dalam segmen News of the Weird, yang menghimpunkan pelbagai kejadian dan perkembangan unik dari seluruh dunia. 

 

 

Iklan