MANILA - Empat juruterbang Tentera Udara Filipina (PAF) maut selepas dua pesawat SF-260 terhempas ketika menjalani penerbangan latihan di wilayah Batangas, utara Filipina pada Jumaat, menurut pengesahan PAF pada Sabtu, lapor Xinhua.
PAF memaklumkan kedua-dua pesawat itu terhempas berhampiran sebuah pangkalan udara di Bandar Raya Lipa kira-kira 3.51 petang waktu tempatan pada Jumaat.