IPU Pulau Pinang sederhana hingga tidak sihat
Iklan
Kualiti udara di Pulau Pinang berada pada tahap sederhana hingga tidak sihat dengan bacaan IPU antara 60 hingga 107 bagi tempoh 10 hingga 13 Ogos.
GEORGE TOWN – Kualiti udara di Pulau Pinang berada pada tahap sederhana hingga tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) antara 60 hingga 107 bagi tempoh 10 hingga 13 Ogos.
Exco Perumahan dan Alam Sekitar, Datuk Seri S Sundarajoo berkata, berdasarkan pemantauan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Stesen Minden merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 107 pada jam 12 tengah hari dan 103 pada jam 1 petang, sebelum menurun kepada 97 pada jam 3 petang.
Iklan
Iklan
Menurutnya, terdapat empat Stesen Pengawasan Kualiti Udara Automatik di negeri ini iaitu di Seberang Jaya, Seberang Perai, Minden dan Balik Pulau.
“Trend pemantauan menunjukkan Stesen Minden dan Balik Pulau merekodkan bacaan antara 57 hingga 107 manakala Stesen Seberang Perai dan Seberang Jaya mencatatkan bacaan antara 66 hingga 96.
Iklan
“Secara keseluruhan, tiga stesen masih berada dalam kategori sederhana manakala hanya satu stesen menunjukkan bacaan tidak sihat,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau menambah, peningkatan titik panas yang dikesan di beberapa kawasan di rantau ini turut diberi perhatian susulan maklumat awal ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC).
Iklan
Katanya, bagi tempoh 9 hingga 11 Ogos lalu, sebanyak 213 titik panas direkodkan di Sumatera dan 835 di Kalimantan selain beberapa titik panas dikesan di negeri-negeri di Malaysia.
“Bagaimanapun, jumlah titik panas tidak boleh dijadikan satu-satunya petunjuk untuk menentukan tahap kualiti udara di Pulau Pinang.
“Kesan terhadap kualiti udara bergantung kepada keadaan meteorologi khususnya arah dan kelajuan angin, keadaan atmosfera serta taburan hujan,” ujarnya.
Sundarajoo berkata, keadaan cuaca yang dipengaruhi hujan berselang-seli turut membantu mengekalkan kualiti udara di Pulau Pinang pada tahap baik hingga sederhana.
“Dalam tempoh pemantauan, PM10 dikenal pasti sebagai bahan pencemar dominan namun kepekatannya masih berada pada paras sederhana,” katanya.
Dalam pada itu, Sundarajoo meminta orang ramai supaya mendapatkan maklumat IPU terkini melalui sistem rasmi Air Pollutants Index Management System (APIMS) JAS dan tidak bergantung kepada sumber tidak rasmi atau media sosial yang tidak disahkan.
Beliau turut menasihatkan orang ramai mengurangkan aktiviti pembakaran terbuka, aktiviti fizikal berat di luar sekiranya bacaan IPU meningkat serta mengurangkan tempoh berada di luar sekiranya keadaan udara bertambah buruk.
“Golongan sensitif seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan pernafasan perlu mengambil langkah berjaga-jaga.
“Orang ramai juga digalakkan menggunakan pelitup muka yang sesuai ketika berada di luar sekiranya berlaku peningkatan pencemaran udara dan keadaan berjerebu,” katanya.
Tambah beliau, orang ramai turut diminta melaporkan segera sebarang kebakaran atau aktiviti pembakaran terbuka kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.
“Kerajaan negeri melalui JAS dan agensi berkaitan akan terus memantau perkembangan kualiti udara serta keadaan titik panas secara berterusan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara,” katanya.
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.