Rogol wanita OKU: Reman tiga pelarian Myanmar disambung lima hari

Iklan
Tiga pelarian Myanmar yang ditahan bagi membantu siasatan kes seksual melibatkan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) berusia 23 tahun di Mahkamah Majistret Kemanan pada Rabu. Foto Bernama

KEMAMAN - Tempoh reman tiga pelarian Myanmar yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol seorang wanita orang kurang upaya (OKU) intelektual di sini, disambung lima hari lagi bermula esok sehingga Isnin depan.

Perintah reman terhadap ketiga-tiga lelaki berusia antara 19 hingga 28 tahun itu, dikeluarkan oleh Majistret Marsha Abdul Malik di Mahkamah Majistret Kemaman pada Rabu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Mohd Rosli berkata, kesemua suspek yang bekerja sebagai buruh binaan dan pekerja pembersihan itu, ditahan pada Jumaat lepas dan tempoh reman awal mereka berakhir pada Rabu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Iklan

Ketiga-tiga suspek ditahan di Kampung Enjin Gergaji di sini, selepas polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita tempatan berusia 20 tahun pada Jumaat lepas.

Selain itu, polis turut menahan dua lagi lelaki pelarian Myanmar masing-masing berusia 23 tahun di Kampung Besut di Chukai, bagi membantu siasatan kes sama dan mereka direman sehingga Ahad. - Bernama

Iklan