Dua kanak-kanak lemas di empangan baru bersahabat tiga hari - Bapa

Iklan

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] "Mohammad Haikal Ramzi pinjaman daripada ALLAH selama 12 tahun."

Demikian luahan bapa mangsa lemas, Mohamad Khairudi Setapa, 42, yang redha atas kehilangan anaknya itu bersama rakannya, Muhammad Adam Faris Arman, 11, dalam tragedi lemas di empangan Jalan Murai 2, Taman Scientex Pasir Gudang pada pagi Isnin.

Iklan
Iklan

Mohammad Haikal Ramzi dan Muhammad Adam Faris ditemukan lemasdi empangan Jalan Murai 2, Taman Scientex Pasir Gudang pada pagi Isnin.

Menurutnya, anak kedua daripada tiga beradik itu keluar pada waktu petang dan kebiasaannya pulang 15 minit sebelum maghrib.

Iklan

“Anak saya pula seorang yang peramah, mudah mesra dan cepat bergaul tetapi dalam tempoh seminggu ini dia lebih banyak diam,” katanya ketika ditemui di kawasan luar Jabatan Forensik Hospital Pasir Gudang pada Isnin.

Mohamad Khairudi ditemui di kawasan luar Jabatan Forensik Hospital Pasir Gudang pada Isnin.

Iklan

Suasana pilu menyelubungi pekarangan jabatan forensik selepas kedua-dua keluarga mangsa hadir menunggu laporan bedah siasat.

Mohamad Khairudi tidak menolak kemungkinan kedua-dua mangsa berdepan cabaran selut tebal ketika berada dalam air sekali gus dipercayai terperangkap sehingga gagal menyelamatkan diri.

“Kalau ikutkan kedalaman dua atau tiga meter itu anak saya boleh lepas sebab kami kerap ke pantai, namun saya difahamkan selut tebal menghalang pergerakan mereka ketika berada di dalam air,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan dua kanak-kanak ditemui lemas di ampangan Jalan Murai 2, Taman Scientex, Pasir Gudang selepas penemuan basikal dan beberapa barang peribadi.

Basikal dipercayai milik mangsa ditemui di tepi ampangan jalan Murai 2, Taman Scientex.

Mayat Mohammad Haikal Ramzi ditemui jam 2.12 pagi pada jarak tiga meter dari tebing manakala Muhammad Adam Faris ditemui jam 2.33 pagi, 15 kaki dengan tebing.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai.

Lokasi tragedi lemas di empangan Jalan Murai 2, Taman Scientex Pasir Gudang pada pagi Isnin.