Jenazah Lans Koperal Mohamad Nur Hafiz selamat dikebumikan di Kelantan

Iklan
Jenazah Mohamad Nur Hafiz (gambar kecil) selamat dikebumikan di di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pangkal Kuang, Ketereh, Kota Bharu pada Sabtu.

KOTA BHARU – [DIKEMAS KINI] Jenazah Lans Koperal Mohamad Nur Hafiz Rahim, 29, yang terkorban dalam tragedi renjatan elektrik di Sabah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pangkal Kuang, Ketereh,di sini pada Sabtu.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di Kuantan, Pahang dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Airbus A400M sebelum dibawa pulang ke kediaman keluarga di Kampung Hutan Pasir, Ketereh.

Iklan
Iklan

Ibu dan adik-beradik bersedih mengiringi pemergian Mohamad Nur Hafiz.

Ketibaan jenazah pada jam 4.45 pagi disambut lebih 100 ahli keluarga, saudara-mara, rakan setugas serta penduduk setempat yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir dan disolatkan.

Iklan

Suasana pilu menyelubungi sebelum jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Pangkal Kuang selepas Subuh untuk disemadikan dan selesai dikebumi pada jam 7.45 pagi.

Allahyarham merupakan antara tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang maut akibat renjatan elektrik dalam kejadian di luar Balai Polis Weston, Beaufort, Sabah pada Khamis.

Iklan

Wakil dari Polis Kelantan dan rakan setugas Allahyarham yang turut hadir pada pengebumian.

Dua lagi anggota yang terkorban ialah Koperal Chiu Teck Siong, 40, berasal dari Sarawak dan Lans Koperal Muhammad Raimi Ismarubee, 26, dari Terengganu.

Sebelum itu, ketiga-tiga jenazah dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu pada jam 2.50 petang sebelum bergerak secara konvoi dengan iringan kenderaan PDRM.

Jenazah Teck Siong diterbangkan ke Sibu, Sarawak menggunakan pesawat Pasukan Gerakan Udara (PGU), manakala jenazah Mohamad Nur Hafiz dan Muhammad Raimi dibawa ke Masjid Nurul Iman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah untuk disolatkan.

Selepas itu, kedua-dua jenazah dihantar ke Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sebelum diterbangkan ke Semenanjung menggunakan pesawat TUDM.

Dalam kejadian jam 5.45 petang Khamis itu, tiga anggota polis terbabit dipercayai maut akibat renjatan elektrik selepas galah besi yang digunakan untuk mengait buah kelapa terkena kabel elektrik.

ARTIKEL BERKAITAN:

Tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik

Jolok kelapa guna galah besi punca tiga polis maut terkena renjatan elektrik

Sabah Electricity siasat punca tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik

Anwar arah siasatan menyeluruh kejadian anggota polis maut di Beaufort