Bertengkar isu laluan basikal, empat remaja baling bebola tisu basah ditahan

Iklan
Tular rakaman CCTV remaja baling tisu basah susulan isu penggunaan laluan basikal.

HONG KONG – Gara-gara pertengkaran mengenai penggunaan laluan berbasikal dan kemudahan di Taman Tsuen Wan, sekumpulan remaja didakwa membaling bebola tisu basah ke arah orang awam dan menyimbah air sebelum empat daripadanya ditahan polis.

Berdasarkan laporan media tempatan, polis berkata, empat remaja lelaki berusia antara 12 hingga 14 tahun itu ditahan pada pagi Rabu (22 Julai) di Tsuen Wan dan Kwai Tsing.

Iklan
Iklan

Menurut polis, kejadian berlaku antara 18 hingga 20 Julai dan melibatkan empat mangsa, tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 45 hingga 71 tahun.

Tiada seorang pun mangsa cedera atau memerlukan rawatan di hospital.

Iklan

Polis berkata, mangsa tidak mengenali suspek, manakala penyiasat percaya kejadian berkenaan berpunca daripada pertengkaran mengenai penggunaan laluan berbasikal dan kemudahan di Taman Tsuen Wan.

Suspek dikenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) selepas video kejadian tersebar di media sosial, selain polis turut merampas basikal, pakaian dan telefon bimbit yang dipercayai berkaitan dengan kejadian.

Iklan

Siasatan masih dijalankan dan polis tidak menolak kemungkinan tangkapan lanjut bagi menentukan sama ada suspek terbabit dalam kes lain di daerah berkenaan.