Tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik

Iklan
Tiga anggota polis dilaporkan maut terkena renjatan elektrik di Kampung Weston pada petang Khamis.

BEAUFORT - Tiga anggota polis dilaporkan maut terkena renjatan elektrik di Kampung Weston, di sini, pada petang Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Ishak Jabas memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.56 petang.

Iklan
Iklan

Katanya, sepasukan anggotanya kini dalam perjalanan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 28 kilometer dari BBP Beaufort.

"Setakat ini, maklumat diterima melibatkan anggota polis namun, maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan
Iklan

AKAN MENYUSUL