Populariti Prabowo merosot

Iklan
Prabowo Subianto. Foto::AFP

JAKARTA – Populariti Presiden Indonesia, Prabowo Subianto terus merosot apabila semakin ramai rakyat melahirkan kebimbangan terhadap keadaan ekonomi, kos sara hidup dan keupayaan kerajaan melaksanakan dasar-dasar yang dijanjikan.

Tinjauan terbaharu oleh Saiful Mujani Research and Consulting (SMRC) mendapati kadar kelulusan terhadap pentadbiran Prabowo susut kepada 51.1 peratus pada Julai, berbanding 81.2 peratus pada November tahun lalu dan 66.4 peratus pada Mac.

Iklan
Iklan

Dalam tempoh sama, kadar ketidakpuasan hati terhadap prestasi beliau meningkat daripada 16 peratus pada November kepada hampir 47 peratus pada Julai.

Menurut penganalisis, penurunan sokongan itu mencerminkan jurang antara prestasi ekonomi negara yang masih mencatat pertumbuhan positif dengan realiti yang dirasai rakyat.

Iklan
Iklan

Mereka berkata, kebimbangan terhadap kenaikan harga barangan, peluang pekerjaan dan kuasa beli isi rumah menyebabkan semakin ramai pengundi mempersoalkan keutamaan dasar yang diperkenalkan pentadbiran Prabowo. - Agensi