1,595 premis perniagaan diperiksa di Perak
Iklan
Pegawai dan anggota KPDNHEP Perak menjalankan pemeriksaan harga di sebuah premis perniagaan.
IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak telah memeriksa 1,595 premis perniagaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac hingga 14 April.
Pengarahnya, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, pemeriksaan itu melibatkan pemantauan secara harian di pasar raya, peruncit, pemborong dan pengilang melibatkan bekalan serta harga barangan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, dalam tempoh sama, sebanyak 93 aduan telah diterima yang mana 75 peratus daripadanya adalah berkaitan harga barang tinggi dan tidak munasabah.
"Sebanyak tujuh notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 telah dikeluarkan kepada peniaga-peniaga tersebut bagi mendapatkan maklumat berkaitan barangan berkenaan.
Iklan
"Pemeriksaan akan diteruskan bagi PKP fasa ketiga ini dan KPDNHEP Perak tidak teragak-agak untuk terus mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga," katanya.
Pemeriksaan dan pemantauan secara harian dilakukan di semua peringkat premis perniagaan.
Beliau berkata, bekalan keperluan di negeri ini seperti barangan segar, telur ayam, gula, tepung, minyak masak dan beras adalah mencukupi dan mudah diperoleh.
Iklan
Katanya, bagi memastikan kestabilan bekalan itu, KPDNHEP Perak telah melantik 75 peruncit terpilih, 59 pemborong dan 21 syarikat pembungkus minyak masak sebagai pusat bekalan barangan keperluan asas.
"Pengguna dinasihatkan supaya tidak membuat pembelian panik kerana pihak peruncit termasuk pasar raya komited dalam memastikan bekalan barang keperluan mencukupi sepanjang PKP ini," katanya.
Orang ramai yang ingin melaporkan sebarang kenaikan harga dan isu bekalan boleh menghubungi Bilik Gerakan KPDNHEP Negeri Perak 05-241 4611 atau Pusat Arahan Penguatkuasaan (Enforcement Command Centre) 03-8882 6088 / 03-8882 6245.
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli serta dakwaan murid dipukul guru yang berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut susulan laporan yang dibuat pihak terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799864/edisi/perak/kes-buli-dakwaan-murid-dipukul-guru-ppd-laksana-prosedur-ditetapkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.