Sultan Perak berkenan terima zakat lebih RM7.87 juta

Iklan
Penyerahan zakat didahului oleh Jakel Ipoh yang diwakili Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel berjumlah RM300,000.

KUALA KANGSAR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima bayaran zakat berjumlah RM7,874,066.76 daripada tujuh syarikat korporat dan seorang individu kepada Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) dalam satu majlis di Istana Iskandariah, di sini pada Rabu.

Penyerahan zakat didahului oleh Jakel Ipoh yang diwakili Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel berjumlah RM300,000.

Iklan
Iklan

Ia diikuti Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad yang diwakili Pengerusi, Mohd Hasrizad Zaman dengan sumbangan RM103,845.30.

Seterusnya, Menteri Besar Incorporated menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Anuar Zainal Abidin menyerahkan zakat sebanyak RM1 juta.

Iklan

Turut menunaikan zakat ialah Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azhar Mohd Yusof berjumlah RM4,553,453.46.

Selain itu, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Zulkefli Abdullah menyerahkan RM900,000.

Iklan

Royale College Of Medicine Perak pula menerusi Dekan Fakulti Perubatan, Profesor Dr Syed Rahim Syed Hamid menyumbang RM256,769.

Penyerahan turut melibatkan zakat perniagaan daripada SS Trend Trading yang diwakili pengasasnya, Muhamad Syafi Md Sayuti berjumlah RM159,999.

Sementara itu, zakat pendapatan dan simpanan berjumlah RM600,000 diserahkan oleh Datuk Dr Zakaria A Kadir yang merupakan Pakar Perunding Perubatan Dalaman dan Neurologi di Ipoh Specialist Hospital (di bawah rangkaian hospital KPJ Healthcare).

Dalam majlis sama, baginda berkenan menyerahkan zakat tersebut kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Menurut kenyataan ZAPAR, zakat berperanan sebagai mekanisme agihan kekayaan yang adil serta pemangkin kesejahteraan sosial.

"Ia bukan sekadar kewajipan, malah merupakan instrumen pembangunan ummah yang mampu memperkasa ekonomi masyarakat secara menyeluruh," menurut kenyataan itu.