Johor imarah masjid dengan solat Maghrib, Isyak berjemaah

Iklan
Onn Hafiz (dua dari kanan) selepas melancarkan program di Johor Bahru pada Selasa.

JOHOR BAHRU - Johor melaksanakan Program Semarak Maghrib dan Isyak di seluruh negeri bermula Selasa sebagai usaha menyemarakkan solat berjemaah dalam kalangan umat Islam.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, inisiatif itu antara salah satu manifesto negeri Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke- 16 baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, amanah yang diberikan bangsa Johor akan terus diterjemahkan melalui pelaksanaan setiap komitmen dijanjikan.

“Jika sebelum ini kita berusaha menyemarakkan Solat Subuh berjemaah di seluruh negeri, ikhtiar ini diteruskan dengan menyemarakkan Solat Maghrib dan Isyak agar masjid sentiasa hidup dengan solat berjemaah, majlis ilmu dan pengisian rohani,” katanya menerusi kenyataan di facebook pada Khamis.

Iklan

Onn Hafiz (dua dari kanan) selepas melancarkan program di Johor Bahru pada Selasa.

Program itu turut diserikan dengan perkongsian Hadis 40 bertajuk “Niat Penentu Perbuatan Hamba” yang disampaikan oleh As-Syeikh Tuan Haji Mohd Zaini Mohd Salleh, Kadi Daerah Johor Bahru serta bacaan Surah Al-Mulk sebagai santapan rohani buat para jemaah.

Iklan

“Saya ingin mengajak seluruh umat Islam, khususnya di Negeri Johor, untuk bersama-sama menjayakan Program Semarak Maghrib dan Isyak serta terus hadir memakmurkan rumah ALLAH SWT,” katanya.

Onn Hafiz berkata, inisiatif itu merupakan usaha kerajaan negeri untuk terus meningkatkan syiar Islam dalam membina Johor yang maju berlandaskan al-Quran dan sunnah.

Terdahulu pada Januari 2024, program semarak Subuh dilaksanakan serentak di semua masjid dan surau melibatkan 56 kawasan dewan undangan negeri.

Inisiatif itu melibatkan 838 masjid dan 1,942 surau di seluruh Johor pada setiap Subuh hari Jumaat.