Tragedi pokok tumbang: Pengurusan risiko tidak boleh lagi bersifat reaktif

Iklan
Sebatang pokok tumbang menghempap kenderaan pacuan empat roda di Jalan Lama Kuala Lumpur menuju ke Pintu Gerbang Janda Baik, Bentong, pada Selasa, mengorbankan empat individu. Foto Bernama

TRAGEDI pokok tumbang yang meragut empat nyawa sekeluarga di Jalan Lama Kuala Lumpur menuju ke pintu gerbang Janda Baik, Bentong, Isnin lalu bukan sekadar satu lagi kemalangan akibat faktor alam.

Sebaliknya, insiden itu menjadi peringatan bahawa pengurusan risiko pokok di negara ini perlu diberikan perhatian sama seperti aspek keselamatan jalan raya yang lain.

Iklan
Iklan

Hakikatnya, ancaman pokok tumbang tidak lagi boleh dianggap sebagai isu terpencil atau hanya berlaku di kawasan hutan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kejadian sama turut direkodkan di kawasan bandar, termasuk di jalan utama, taman rekreasi dan kawasan perumahan.

Iklan

Faktor pokok matang yang uzur, cuaca ekstrem, hujan lebat berterusan serta tiupan angin kencang meningkatkan risiko kejadian, terutama apabila proses pemantauan dan penyelenggaraan tidak dilakukan secara sistematik.

Cadangan pakar daripada Universiti Putra Malaysia supaya pendekatan Pengurusan Risiko Pokok dilaksanakan secara proaktif wajar diberi perhatian.

Iklan

Pemeriksaan berkala menggunakan kaedah Visual Tree Assessment (VTA), disokong teknologi seperti sonic tomography, mampu mengenal pasti kerosakan dalaman pokok yang tidak dapat dikesan melalui pemerhatian biasa.

Langkah tersebut membolehkan tindakan pencegahan diambil sebelum berlaku tragedi.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat maut, seorang kanak-kanak cedera kenderaan dinaiki dihempap pokok

Tragedi kenderaan dihempap pokok tumbang: Ketua Pemuda UMNO Maran, tiga ahli keluarga maut

Asyraf Wajdi zahir ucapan takziah kepada keluarga Ketua Pemuda UMNO Maran

Empat maut dihempap pokok: 'Pemergian Mohd Radzi kehilangan besar buat UMNO Pahang'

Pemergian Mohd Radzi kehilangan besar kepada keluarga UMNO - Ahmad Zahid

Pada masa sama, pandangan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman mengenai kepentingan penilaian risiko di Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur itu mencerminkan keperluan menilai semula aspek keselamatan di jalan alternatif yang menjadi tumpuan pengguna.

Oleh itu, tahap pemantauan pokok di sepanjang laluan itu dan juga lokasi titik panas lain di negara ini sewajarnya setanding dengan kepentingan strategiknya.

Pendekatan yang seimbang antara pemeliharaan alam sekitar dan keselamatan awam lebih sesuai melalui pemangkasan terpilih, penebangan pokok berisiko tinggi serta pemantauan berterusan terhadap struktur akar dan cerun.

Selain tindakan jabatan terlibat, penglibatan masyarakat juga penting melalui saluran aduan digital bagi melaporkan pokok condong atau dahan berbahaya.

Kesedaran awam mampu mempercepatkan tindakan sebelum risiko bertukar menjadi tragedi.

Setiap insiden seharusnya menjadi pemangkin kepada budaya penyelenggaraan yang lebih proaktif kerana nilai sebuah nyawa tidak boleh diganti.