Diserbu selepas aduan penduduk, 93 PATI dicekup di Danau Kota dan Pekeliling

Iklan
Semua individu yang ditahan dihantar ke Depot Imigresen bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia Kuala Lumpur menahan seramai 93 pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi Ops Kutip yang dijalankan di sekitar Danau Kota dan Pekeliling pada Selasa.

Operasi penguatkuasaan bersepadu itu dilaksanakan susulan aduan serta maklumat orang awam berhubung kebanjiran warga asing di kedua-dua lokasi berkenaan.

Iklan
Iklan

Jabatan Imigresen Malaysia Kuala Lumpur menahan seramai 93 PATI menerusi Ops Kutip yang dijalankan di sekitar Danau Kota dan Pekeliling pada Selasa.

Menurut kenyataan Jabatan Imigresen pada Rabu, serbuan di lokasi pertama di Danau Kota menyaksikan pemeriksaan dijalankan terhadap 105 warga asing sebelum 40 daripada mereka ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen.

Iklan

Operasi kemudian diteruskan di kawasan Pekeliling dengan pemeriksaan ke atas 93 lagi warga asing, yang membawa kepada penahanan 53 individu.

"Secara keseluruhannya, operasi ini melibatkan pemeriksaan terhadap 198 warga asing dengan 93 PATI ditahan kerana dipercayai melakukan pelbagai kesalahan imigresen," menurut kenyataan itu.

Iklan

Jabatan Imigresen memaklumkan semua individu yang ditahan dihantar ke Depot Imigresen bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

Antara warga asing yang diperiksa dalam Ops Kutip pada Selasa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa selepas pas tamat tempoh serta Seksyen 6(1)(c) akta sama kerana tidak memiliki pas atau dokumen perjalanan yang sah.

Dalam pada itu, Jabatan Imigresen menzahirkan penghargaan kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat sehingga operasi berkenaan berjaya dilaksanakan.

"Jabatan Imigresen tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melindungi PATI dan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi memastikan kedaulatan serta keselamatan ibu negara terus terpelihara," katanya.