'Hanya tinggal selipar dan motosikal, abang ditemukan lemas'

Iklan
Mangsa ditemukan telah meninggal dunia berhampiran lokasi dia dilaporkan hilang.

PAPAR - Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas selepas dilaporkan hilang ketika menjala ikan di Sungai Benoni, pada Ahad.

Mangsa berusia 61 tahun ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa berhampiran lokasi dia dilaporkan hilang.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rony Sikawan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 7.09 malam.

Menurutnya, seramai 10 anggota digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari BBP Papar.

Iklan

"Menurut saksi, abangnya keluar menjala ikan pada jam 6 pagi dan kebiasaannya mangsa akan pulang sekitar jam 1 tengah hari, namun pada hari kejadian sehingga lewat petang mangsa masih belum pulang.

"Adiknya bersama penduduk kampung kemudian pergi ke kawasan sungai untuk melakukan pencarian sebelum menemui motosikal dan selipar milik mangsa di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, pihaknya kemudian menerima maklumat bahawa mangsa telah ditemukan oleh penduduk pada jam 9.59 malam.

"Mangsa ditemukan berhampiran lokasi motosikalnya dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Tambah beliau, operasi ditamatkan pada jam 10.13 malam selepas pasukan bomba memastikan keadaan di lokasi selamat.