Houthi dakwa lapan kapal tangki minyak Saudi ubah laluan melalui Tanjung Harapan

Iklan
Perubahan laluan itu adalah sebahagian daripada sekatan yang dikenakan kumpulan berkenaan terhadap kapal Arab Saudi. Foto Anadolu Ajansi

ISTANBUL - Kumpulan Houthi di Yemen mendakwa pada Sabtu bahawa lapan kapal tangki minyak Arab Saudi terpaksa mengubah laluan dari Selat Bab al-Mandab ke Tanjung Harapan susulan sekatan maritim yang dilaksanakannya, lapor Anadolu Ajansi.

Jurucakap Houthi, Yahya Saree menerusi platform media sosial X berkata, perubahan laluan itu adalah sebahagian daripada sekatan yang dikenakan kumpulan berkenaan terhadap kapal Arab Saudi.

Iklan
Iklan

Pada Khamis, Arab Saudi dan 13 negara lain mengumumkan penubuhan gabungan pertahanan maritim multinasional bagi melindungi kebebasan pelayaran, perdagangan antarabangsa serta laluan bekalan tenaga di Selat Bab al-Mandab, Laut Merah dan Teluk Aden.

Langkah itu diambil ketika ancaman terhadap kapal dagang di Laut Merah semakin meningkat selepas kumpulan Houthi mengisytiharkan sekatan maritim terhadap Arab Saudi pada 20 Julai, sebelum mendakwa melancarkan serangan ke atas kapal yang mempunyai kaitan dengan negara itu.

Iklan

Riyadh berikrar untuk melindungi trafik maritim dan bertindak terhadap sebarang ancaman kepada pelayaran antarabangsa. - Bernama-Anadolu

 

Iklan